~All about Us~

My photo
Alhamdulillah segala puji bagi-Nya kerana masih lagi diberikan nikmat iman dan islam.Selawat dan salam juga kepada junjungan besar,Rasullullah SAW diatas pengorbanan beliau dalam menegakkan syiar islam.Travelog Arabic Science adalah sebuah blog bekas-bekas pelajar SMK Abu Bakar Al-Baqir pada batch 2007/2008.Semoga dengan kewujudan blog ini dapat memberi sedikit input yang berguna kepada pengunjung-pengunjung yang menziarahi blog ini.

Monday 22 August 2011

~AKU DAN SMK ABU BAKAR AL-BAQIR~

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIBARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA..
kepada sahabat-sahabt yang mengenali dan juga yang tidak mengenali,salamat datang diucapkan ke laman blog "Traveloq ArabicScience".aman kali ini akan menceritakan kepada anda akan kehidupan aku sepanjang berjuang bersama-sama ahli pejuang SMK ABU BAKAR AL-BAQIR..



seperti rakanrakan seperjuangan yang lain,aku mula masuk kedalam sekolah ini pada tahun 2004.kelas yang aku duduki ialah kelas 1a2.dalam permulaan,satu kontroversi yang masih aku ingat dimana kami sebilangan beberapa orang rakan yang lain mengalami ketidak tetapan keduukan kelas.ada sekali tu kami ditukarkan masuk kedalam kelas 1b1.itu adalah kelas aliran biasa dimana kelas itu tidak seperti kelas 1a1 dan 1a2 yang mempelajari bahasa arab sebagai bahasa tambahan.tapi entah macam mana kami ditenpat semula kedalam kelas 1a2.bila pikir balik,rasa berat pulak nak masuk sebab takut nak belajar bahasa arah.susah.tapi entah macam mana,Allah tetapkan hati kami ntuk terus kekal dalam kelas tu walaupun ada sebilangan yang ingin terus keluar.


dalam usia tingkatan 1,tidak banyak benda yang aku dapat ambik untuk kehidupan aku..maklumlah ,masa tu budak2 lagi.kenalan dan ketidak matangan tu masih jelas kelihatan.huhu.apabila tiba tarikh 1 julai 2004,sebahagian antara kami dan rakan2 dalam kelas 1a1 telah terpilih untuk masuk tinggal di asrama ASSABAR.asrama ini baru sahaja dibina kalau tak silap start 2000 kot.oleh kerana teruja dengan tempat tinggal yang sangat selesa,kami sangat bersyukur.kami mula belajar untuk hidup berdikari dan hidup bersama-sama degan rakan seperjuangan yang lain.kami banyak dibantu oleh abang-abang dan kakak-kakak senior.tapi kalau nak tahu diorang dulu sangat garang.ada sekali tu,sterika dlam bilik gosok rosak,habis sume kena panggil.ada sorang brother tu siap pegang kayu besar lagi nak humban sapa punya kerja yang rosakkan iron tu.tapi rasanya tu salah aku kot.hihi..tak sengaja sebab iron tu terjatuh.tapu aku guna elok lagi.tu pasal tak mengaku.huhu.dengan kegarangan mereka lah kami banyak belajar untuk berdisiplin  dan tegas dalam melakukan seseatu terutama dalam menjaga peraturan sekolah.walaubagaimanapun,pada thun ini,sekolah ini mula memperkenalkan kelas Rancangan khas sains dan agama.kami berasa sangat jeles kerana tahun kami tidak terpilih untuk kelas RKA atau RKS tu..hh..sabar jela...


kehidupan kami di tingkatan 2 lebih menarik apabila kami saling kenal-mengenal dengan lebih erat lagi antara kelas 1a2 dan 1a1 dulu.maklumlah ada antara kami bertukar kelas antara dua keas ni.dan aku pun terlibat juga apabila aku dimasukkan kedalamkelas 2a1.eh..ntah la..lupa plak aku.betul ke hah??huhu..hubungan kami sangat erat.kami banyak disatukan untuk bekerja bersama.terutama dalam aktiviti di asrama. disekolah,kami mula mendapat perhatian guru2..ntah la.mungkin baik sangat kot.huhu.kami banyak diberi galakan untuk mencontohi kecemerlangan senior2 kami yang terdahulu.kehadiran ustaz mahtar banyak mengawal kami untuk menjadi yang terbaik.pengusaan kami terhadap akademik sangat diberi perhatian.ada dianatara kami juga mula diasah bakat2 mereka dalam beberapa pertandingan.contohnya saudara Habib diasah bakatnya untuk menjadi ucapan atau memasuki pertandingan syarahan agama.begitu juga dengan Ummu Aiman sebagai wakil wanita.Rafsanjani dan Rafidah Abdullah dan Hayatul Akmal aktif dalam bidang sukan.aku??erm..aku malas skit dulu..tak masuk tading2 ni..huhu..aku mengubah haluan aku sendiri.dimana aku mula berjinak2 dalam kem KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA PRS.dalam kem tu aku banyak menerima pendedahan dan aku berjaya meningkatkan keyakinan diri aku terutama dalam mengurus sesuatu dan memberi ucapan dikhalayak ramai.kem yang aku join tu sangat mencabar dimana memerlukan ketahan mental yang cuku tinggi.kesabaran dan kekentalan fizikal sangat penting.setiap kem yang disertai,pasti akan ada situasi yang sangat membuatkan kai tertekan pada tahap yang maksimum.pernah sekali aku hampir menangis kerana diberi pilihan samada untuk terus kekal atau teurskan berjuang kerana kami gagal melaksanakan tugas yang diberi.mujur,kami bertahan.rakan2 yang lain juga turut elibatkan diri merekan dalam aktiviti sekolah.



naik ketingkatan 3,cabaran kami lebih besar.peperiksaan PMR menjadi misi kami.komitmen yang diberikan oleh guru sangat tinggi.kami bersyukur kerana kami bangga dengan usaha yang guru2 kami berikan.walaupun tumpuan kami pada PMR,kami tetap tidak melupakan kepada aktiviti luar kelas kami.pada masa ini,kelas kami dijadikan contoh oleh kelas2 lain.guru2 sangat bangga akan kami dalam menjaga tingkah laku kami sebagai pelajar.tapi macam biasa,mesti ada orang2 yang tertentu jeles.ada yang merasakan diri mereka dianak tirikan.ntah .kami tak tahu apa.yang penting,kami jaga reputasi kami.dan kami pun bukan lah pelajar yang perfect.sesekali kami juga ada melakukan kesalahan.dalam berusaha untuk mendapatkan kejayaan dalam PMR,kami sangat digalakkan untuk memohon juga kepada Allah untuk kejayaan kami.dan akhirnya,kami berjaya menamatkan perjuangan kami dengan keputusan yang cemerlang.sukar nak dijngka dengan kejayaan kami..hanya syukur pada Tuhan saja yang mampu kami ungkapkan.
menyambung ditingkatan 4,kami terus belajar dalam kelompok yang sama.walaubagaimanapun,beberapa antara kami bertukar kelas kepada kelas biasa iaitu bukan kelas 4 arab sains.dan ada juga meneruskan pelajaran ke sekolah2 yang lebih advance seperti MRSM,SMKA DAN SBP.antaranya ialah ummu aiman,zulfhadli,muhammad farhan,muhammad asyraf dan ada lagi..tak dapat aku mengingat semua.yang penting kami yang lain bangga dengan kejayaan mereka untuk menyambung pelajaran di temat yang lebih hebat.kami merelakan pemergiam mereka untuk mencabar perjuangan yang lebih hebat..huhu..kami yang tinggal ni terus kekal kehidupan kami disini.walaupun kami tidak berpindah,kami akan buktikan yang kami juga mampu cemerlang walaupun kami berada disekolah biasa.menyahut cabaran guru2,kami terus berusaha keras,akan tetapi,oleh kerana pengaruh rakan sebaya dan senior2,kami kadang2 alpha sebab kami menganggap tingkatan 4 edalah masa untuk hney moon..huhu..tapi tak pe..pembelajaran kami tetap di level yang tinggi.keaktifan kami dalam menyertai beberapa pertandingan sangat membanggakan.lebih2 lagi bagi mereka yang telah diasah bakat mereka semasa di tingkatan 1 dan 2 dulu.aku pulak makin kurang aktif dalam PRS.akan tetapi,kami aku bersama2 rakan2 yang lain bnyak melibatkan diri dalam aktiviti pengurusan asrama.keadaan arsama masa tu agak kucar kacir.disiplin hancur apabila warden  yang baik tu,Abi,telah bepindah..huhu..kadang2 ada jugak kami wat masalah dengan esco arsama..haha..protes..
dan apabila kami ditingkatan 5,kami menjadi exco..oleh kerana keadaan arsama time tu agak kacau bilau,kami mula mengorak langah dengan eengetatkan semula peraturan2 yang telah longgar.kami tegas pada yang melanggar peraturan.budak2 memang takut la time tu..haha..manatak nya,aku exco disiplin.huh..sampai satu tahap ada yang mengadu hidup diasrama sangat menensionkan..bnyak la korang..kami dulu lagi hebat kena dengan senior..huhu..kami just ketatkan peraturan..mana2 pelajar yang tdak mengikut peraturan,mereka itulah yang sebenarnya merasa tertekan hidup diasrama.dan sepanjang aku duk kat asrama tu,aku rasa asrama ni la yang paling longgar peraturannya..boleh lagi diorang cakap macam tu..manja sangat kot sebelum ni..huhu..ape pun semasa di tingkatan 5,kami banyak berusaha dalam mengeratkan hubungan kami sesama kengkwan.conflict2,perselisihan yang muncul kami selsaikan cepat2,,kami begitu menjaga silaturahim kami..kami banyak bersatu dalam menyelesaikan banyak masalah terutama dalam menyelesaikan masalah yang timbul..tahun inilah yang aling best bagi kami..disekolah kami juga membantu guru2 dalam mengawal keadaan sekolah..maklumlah kami bnyak yang menjadi pengawas sekolah.sepanjang berada ditingkatan 5,banyak memori indah buat kami..apatah lagi akmi pernah dibawa bersama2 untuk bersiar2 ke kelantan dan teranggu..haha..SPM yang menjadi misi kami kedua sangat mengetirkan kami..kami berusaha bersungguh2 serta tidak lupa juga kami berusaha dalam mendaatkan keredhaan Allah..kami bantu membantu sesama sediri..misalnya Akashah mahir dalam metematik akan membantu rakan2 yang lain yang kurang mahir..habib dan naim dalam bahsa arab.yang perempuan lagi,diorang banyak yang master..huhu..walaupun kami dikelas arab,yang menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan,kami tetap mempunyai iktan yang kukuh.entah macam mana boleh wujud,aku pun kurang pasti..mungkin berkat dari Tuhan yang melihat kami gigih berusaha bersama2 dalam mencari ilmuNya...hinggalah kami berjaya menamatkan elajaran..dan keptusan kami alhamdulillah sagat baik..ramai antara kami berjaya menyambung pelajaran keperingkat yang lebih tinggi..matrikulasi,maktab,politeknik,diploma dan lain2 menjadi hala tuju kami.














syukur pada tuhan,ikatan kami terus kukuh walaupun kami berjauhan dann berjuang di temapt masing2..setiap kali ada cuti,kami akan berkumpul bersama2..reunion menjadi aktiviti tahunan kami..facebook menjadi medium pentng buat kami untu berinteraksi sesama sendiri.ia sendrinya membuatkan kami terus erat bersama2 termasuk denganrakan2 yang terpisah semasa tingkatan 4 dahulu..kami sayangkan semua kawan kami..semoga tuhan terus menjaga iktan kami..syukur padamu tuhan..hanya Engkau mengetahui akan apa yang berada disebalik hati2 kami..

~ Akhi Azwan~