~All about Us~

My photo
Alhamdulillah segala puji bagi-Nya kerana masih lagi diberikan nikmat iman dan islam.Selawat dan salam juga kepada junjungan besar,Rasullullah SAW diatas pengorbanan beliau dalam menegakkan syiar islam.Travelog Arabic Science adalah sebuah blog bekas-bekas pelajar SMK Abu Bakar Al-Baqir pada batch 2007/2008.Semoga dengan kewujudan blog ini dapat memberi sedikit input yang berguna kepada pengunjung-pengunjung yang menziarahi blog ini.

Saturday 26 November 2011

~ masihkah kau ingat ~

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Selamat kembali di blog travelog arabic science kita ini....
semoga sahabat2 yang sedang membaca post untuk kali ini sentiasa sihat hendaknya dalam meneruskan jihad kalian di medan peperangan dalam menuntut ilmu2 yang bermanfaat untuk duniawi mahupown ukhrawi.. InsyaAllah....
Untuk pengetahuan semua post kali ini penulis ingin menceritakan satu kisah dalam mood yang lebih santai.... relax2kan sekejap minda sahabat2 yang mungkin asyik beroperasi tanpa henti untuk melaksanakan amanah sahabat sekalian sebagai seorang pelajar...
Post kali ini bukanlah satu karangan fakta yang mempunyai susunan ayat yang sempurna tapi hanyalah satu coretan untuk di kongsi untuk mengisi kekosongan dan kesepian blog kita ini dari terus bersawang-mawang hehehe (^__^)

**********

seperti biasa penulis akan berjalan dari satu blog ke satu blog terutama blog2 senior2 penulis zaman sekolah lama dahulu untuk membaca apa2 article dan perkongsian berilmu tentang kehidupan di ruangan mereka... bila penulis kembali membuka laman blog penulis sendiri mata penulis tertumpu dengan 

~ travelog arabic sciences ~
Pendidikan khas tue apa ya??
1 month ago


hurmmm nampaknya post yang terakhir adalah sebulan yang lalu.... tiada lagi apa2 perkongsian kisah suka duka atau apa2pown khabar berita dari sahabat2 di blog itu.....
mungkin kesibukkan yang semakin menjadi2 menghantui hidup mereka.... 
ialah nama pown pelajar kannn...
yang universiti cara universiti
yang kolej cara kolej
yang poli cara poli
yang maktab cara maktab
yang dok rumah cara dok rumah (rasanya penulis sorang jer huhuhu)
berkira2 untuk mengupdate sesuatu di situ.... tetapi tak tahu nak tulis apa...

sedang asyik mengemas laci almari penulis terdetik di hati wahh banyak juga sampul surat dalam laci nie.. rajin juga penulis tulis2 surat tanya khabar sahabat2 penulis yang jauh2... tapi sekarang nak pos surat pown dah konpius nak letak setem berapa puluh sen nie.... kalau letak 30sen yang alamat jauh2 tue sampai ke???

dalam banyak2 surat itu ada satu sampul surat yang ketebalannya agak berbeza dengan yang lain... bahagian depan sampul surat kosong tiada tulis sebarang alamat.. pantas tangan penulis membuka sampul tersebut dan berteraburlah segala isi dalam sampul surat di atas lantai..
bermonolog sendiri di dalam hati :
"apa benda pulak nie banyak liptan kertas2 nie... ada kecil ada besar.."
memegang salah satu lipatan kertas tersebut dan tertulis  'Liyana'
tersenyum sendiri.. terimbau waktu itu...

~ masihkah kau ingat pada waktu itu ~

hendak buat ' REFLEKSI DIRI ' - istilah yang mereka gunakan
macam mana nak buat??? caranya dengan komen apa yang betul dan apa yang kurang tentang kalangan sahabat 5ASC... bukannya untuk menjatuhkan maruah sesiapa tetapi ini adalah salah satu proses yang mana kita dapat mengetahui tentang diri kita sendiri di mata sahabat2 yang lain......
dan apabila berakhirnya sesi tukar menukar surat2 tersebut penulis rasa mesti sahabat2 teruja dan risau sendiri apalah agaknya yang akan di komen... hehehe




macam2 jenis tulisan ada... ada yang penulis tahu dan ada penulis sendiri tak dapat nak agak siapa pemilik tulisan itu... ada yang komen panjang ada yang komen sederhana dan ada juga yang komen cuma 2 ayat ringkas... memang bertuah betul laaaa sapa yang komen dua ayat nie....

secara istimewanya (cewah hehehe) penulis nak kongsi sedikit dalam banyak2 surat komen tersebut yang mana betul2 menarik bagi penulis...

pertamanya 



sekali tengok saja.. masyaAllah penuhnya tulisan... banyak buat silap dengan dia nie... tapi bila dah baca bicara tentang penulis xdala apalah sangat yang dia komen cuma dia banyak berkongsi cerita tentang diri dia.. (^__^)


seterusnya




yang ini memang ikhlas dan jujur sungguh... akhir surat ada nama tukang komen siap dengan nombor telefon lagi.. memang terbaiklaaa ANISAH!!! hehehe


seterusnya 


yang ini pulak fully red!!! berpinar2 juga mata penulis nak baca tulisan warna merah nie... marah ke orang yang komen nie sampai guna pen merah... apa2 pown penulis terima saja apa yang di berikan... :)


seterusnya
membuatkan penulis tersenyum... dari sempoi!!!! memang sempoilaa.. tengok tulisan saja dah tahu siapa dia hehehe.....



seterusnya ada juga yang tulis di akhir surat


penulis pown dah lupa2 ingat kita buat refleksi tue area2 dekat dengan raya ke?? huhuhu.. dah lama sangat rasanya....


seterusnya ada juga yang tulis



penulis tak pasti siapa yang tulis tapi main agak2 mungkin dia huhu.... apa yang penulis boleh katakan memang sayang sungguh dia nie dekat SABAR



seterusnya satu ayat yang penulis dah crop

tak berapa kenal sangat
 yang ini memang penulis tak tahu siapakah diq tetapi rasa macam budak lelaki punya tulisan kot huhuhu... penulis akui tempoh cuma setahun setengah mengenali mereka pada waktu itu belum cukup untuk penulis benar2 mengenali sahabat2 penulis di 4ASC n 5ASC.. terutamanya PELAJAR LELAKI....

yang perempuan penulis tidak ada masalah hendak tulis dan komen tentang mereka tetapi bila pelajar lelaki nie jadi "blur" sangat2.... nak komen apa kat depa nie... bercakap pown tak pernah... hendak tengok pown antara nampak tak nampak hehe... teruk sungguh penulis pada waktu itu....
jadi penulis mencari jalan dengan cuba bertanyakan beberapa orang lain yang boleh dipercayai tentang mereka di hostel macam mana sebab pelajar lelaki waktu itu major duduk di hostel....
penulis menjadi bertambah "blur" n "blank" bila mendapati perwatakan mereka di hostel dan sekolah sangat berbeza..... waktu itu terasa lebih susah nak komen diaorang daripada membuat karangan fakta yang cikgu dima beri (rasanya perumpamaan yang tak berapa hyperbola sangat kot hehe)


seterusnya surat yang membuatkan penulis rasa tertarik untuk membalas kata2 yang dia berikan


penulis tak tahu siapa yang tulis cuma kepada pemilik tulisan baca nie penulis nak reply dengan apa yang kamu tulis

" aku pown tak tau laa ada tak puas hati dengan hang ke tak sebab aku taktau sapa yang tulis nie.. apa2pon maaf hang aku terima walaupon aku tak tahu yang hang pernah ada menyakitakan hati aku ke tak "

wahhh... dasyat sungguh bahasa penulis hehe... sekadar membalas mengikut gaya bahasa surat yang diberikan....
macam2 jenis gaya bahasa ganti diri ada.. ada yang gunakan saya aku hang kami hampa ana anti anta nama sendiri... kelakar betul rasanya bila penulis membaca kembali ayat2 zaman kita sekolah... apa2pon kepada semua yang komen penulis terima kasih banyak2.. yang disenangi terus dikekalkan yang dikritik perlu diperbaiki sebab tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini.....

akhir kata penulis berharap post penulis kali ini tidak mengaibkan sesiapa dan tidak menyakiti hati sesiapa.. apa yang terlintas di minda penulis itulah yang penulis coretkan....
semoga kenangan peristiwa ini dapat membuatkan sahabat2 tersenyum seketika sambil mengimbau saat2 indah ketika di zaman persekolahan.....

وسلام


nota kaki : jutaan terima kasih penulis ucapkan kepada sahabat2 yang sudi meluangkan sedikit masa kalian
mungkin ade yang tengah :
1) buat assgment
2) persediaan nak presention dekat kuliah esok
3) asyik melayan fb
4) main game
5) tengah layan bola kat tv
6) sedang dalam mood bercuti panjang
7) buat revision  untuk kuiz
8) lain2 perkara (hehe)
yang sanggup membaca coretan yg tak seberapa ini...... semoga dalam apa sahaja keadaan sahabat2 sekalian.. moga sahabat2 sentiasa dalam keadaan baik2 sahaja... (^___^)

 dan sebelum noktah yang terakhir satu gambar yang penulis edit ala kadar sahaja.... wajah2 kita masa zaman sekolah..... masih samakah??? atau sudah jauh berbeza???? hehehe




nukilan istimewa kepada mereka yang istimewa di dalam hati,
 penulis a.k.a permata hati aminadin




















Tuesday 13 September 2011

Puasa Enam

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua pembaca! (boleh ucap lagi kan?)

Hari ini dah 15 Syawal 1432 H. Puasa 6 Syawal ini sangat dituntut. Banyak fadhilat dan kelebihan dan ganjarannya. Oh kalau nampak ganjarannya, pasti ramai yang berebut-rebut nak buat. Let's jom lihat dan baca apakah kelebihan berpuasa 6 Syawal.

Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun."(Riwayat Muslim)

Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda:"Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.

Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.

Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.

Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.

Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.

Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya. Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.

Jelas kan? Walaupun tidak berdosa apabila tidak melakukannya, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna. Malah, ia adalah amalan generasi soleh yang terdahulu.

Apa lagi jom kita buat sementelah diberi kesempatan lagi ni.
Wassalam.

Arab Sains  2007/2008 @ IPG KPM
13 September 2011-11.20 pm-

Monday 12 September 2011

~3nd Trip: 2 Perhentian~

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..



Syawal yang dinantikan telah tiba. Di bulan ini, umat Islam menyambut Hari  Raya Aidilfitri, hari kemenangan . Kemenangan bagi sesiapa yang taat serta berjaya dalam mengekang nafsu semasa menjalankan ibadah puasa. Tertunailah juga Rukun Islam yang keempat iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan.

Kedatangan bulan Syawal, pastinya hati merasa gembira. Tersenyum riang, ziarah menziarahi saudara jauh dan dekat serta menghadiri undangan ke rumah terbuka. Bercerita tentang rumah terbuka, telah menjadi satu ‘trend’ pula rasanya pada zaman moden ini, mungkin biasanya pada seminggu awal raya masyarakat kota khususnya mula berpusu pulang ke kampung masing-masing jadi tidak sempat menziarahi jiran dan kawan-kawan , jadi selepas pulang dari kampung biasanya bermulalah majlis rumah terbuka khusus untuk jiran dan kawan-kawan sekerja. Maklumlah puasa 30 hari jadi Hari Raya juga telah menjadi ‘trend’ dirayakan selama 30 hari di bulan Syawal ini. Apa pun majlis rumah terbuka adalah sesuatu yang baik kerana ia dapat mengeratkan silaturahim.

Namun, sebagai seorang ISLAM ziarah menziarahi ke rumah guru adalah suatu yang dituntut. Lantaran itu, bekas pelajar 5 Arab Sains 2007/ 2008 telah menziarahi dua buah rumah guru SMK Abu Bakar Al-Baqir (SABAR) iaitu Cikgu Khairul Azmi bin Ibrahim dan Puan Nor Rizam serta Ummi Sarimah (Warden AS-Sabar tersayang).

Perjalanan bermula pada hari sabtu iaitu pada sebelah petang 3 September 2011. Kami berkunjung ke rumah Cikgu Khairul Azmi dan Puan Nor Rizam. Bersama-sama iaitu saudara Zulfadhli, Habib Nuh, Hidayat, Faizal, Akashah dan Azwan manakala bagi muslimat saudari Ashikin, Nae’latun Shakila dan Anisah.


Di sini kami semua berbual-bual tentang hala tuju masing-masing terutama Nae’latun dan Hamida yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Asyraf di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Shaziela di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Rafsanjani di UNIZA dan beberapa sahabat yang lain juga.

Kemudian, setelah beransur kami pergi menunaikan kewajipan menunaikan solat asar di Masjid Tinggi sebelum meneruskan perjalanan ke rumah Ummi Sarimah di Batu 6,Taman Mutiara Pelangi, Parit Buntar.

Alhamdulillah kami sempat sampai walaupun sudah lewat petang iaitu pada jam 6.10 petang. Sungguh, rumah Ummi agak jauh namun demi keinginan berjumpa Ummi kami sedia menempuh segala halangan. Haha.

Kami dijamu dengan mi bandung dan laksa. Sedap sangat teringat pula dulu zaman muda mudi kat AS-SABAR dulu memang selalu melantak masakan Ummi. Terima Kasih Ummi. Di rumah baharu UMMI dengan suasana sawah yang menyenangkan serta sunset yang cantik memang menyejukkan mata dan menenangkan jiwa. Gelagat anak-anak ummi Marzuq, Itqan, Iqbal masih sama seperti dulu.
























Tepat jam 7.00 malam kami beransur pulang. Kepulangan kami dihantar Ummi dan suami serta anak-anaknya. Sayu dengan kasih-sayang Ummi yang masih seperti dahulu. TERIMA KASIH UMMI.

Namun, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Kami kononnya ingin cepat sampai namun tersalah jua perkiraan. Pengalaman sesat selama 1 jam sangat menarik perhatian dan menjadi suatu pengalaman MANIS bagi konvoi raya tahun 2011. Namun segala-galanya dapat diatasi Alhamdulillah. Nasiblah naik kereta, naik moto berdebar je…MasyaAllah.. Inginkan kisah selanjutnya sila hubungi insan-insan yang gambarnya terpapar di ruangan ini.

~Ukhti  An'nisa Anisah @ IPG Kampus Perempuan Melayu~
~11.26 pm 12 September 2011~

Saturday 3 September 2011

~2nd Trip: 3 Perhentian~







Bismillahirrahmannirrahim..

UKHUWAH..... TERLALU INDAH DIUNGKAPKAN DAN TERLALU MANIS PABILA DIHIASI DENGAN KASIH SAYANG KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN.. UKHUWAH.. TIDAK SEMUA MANUSIA MENGHARGAI SEBUAH UKHUWAH TERSEBUT..KADANG-KADANG..KERANA SEBUAH UKHUWAH,AIR MATA SERING MENITIS KERANANYA.. UKHUWAH.. UKHUWAH ITU TERLALU BERERTI BUATKU YA ALLAH.... RAHMATILAH DAN REDHAILAH UKHUWAH KAMI..

Alhamdulillah sehingga hari ini kita masih lagi dapat bernafas hendaknya dengan nikmat IMAN dan ISLAM.  Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Sesungguhnya tanpa baginda Rasullullah SAW, siapalah kita?? Renung-renungkan dan Selamat Beramal.

Seperti tahun-tahun yang lepas, menjadi takwim tahunan pelajar ARAB SAINS SMK ABU BAKAR AL-BAQIR 2007/2008 untuk mengadakan pertemuan @ reunion sebagai tanda pengikat ukhuwah setelah sekian lama berjauhan bersama komitmen masing-masing. 

Menurut As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah. Akidah hubungan yang paling ampuh dan berharga persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain. 

Menurut Imam Ghazali pula terdapat 4 kategori ukhuwah :

1-Ukhuwah dijalinkan atas dorongan KESERONOKAN seperti paras rupa,tingkah laku dan sebagainya.
2- Untuk KEPENTINGAN DIRI  (peribadi) untuk tujuan kebendaan di dunia tak lebih dari itu
3- Untuk KEPENTINGAN AKHIRAT semata-mata seperti pencinta ilmu mengasihi guru dan para ulamak bukan untuk mendapat keuntungan kebendaan di dunia tetapi untuk mendapatkan iman dan taqwa yang pasti dapat menyelamatkan dari azab api neraka di akhirat.
4- Persaudaraan yang diikat erat daripada KESEDARAN IMAN DAN TAQWA kepada Allah. Terjalin semata-mata patuh dan taat , menyembah dan menyerah diri kepada Allah.

HENTIAN 1

Pertemuan kali ini, yang bertempat di teratak UKHTI NURUL NABILA BINTI JUMBUNY dapat mengumpulkan lebih ramai sahabat-sahabat jika hendak dibandingkan dengan pertemuan yang lepas iaitu di SURAU SMK ABU BAKAR AL-BAQIR. Majlis diadakan pada sebelah petang, walaupun pada awalnya, cuaca tidak mengizinkan dengan hujan sederhana lebat, namun InsyaAllah dengan doa dan harapan rakan sahabat untuk pertemuan ini, cuaca kembali mengizinkan dan sangat mengalu-alukan kehadiran kalian.

Pada kesempatan itu juga, kami bersama-sama membacakan tahlil buat arwah JUMBUNY BIN HAMID dan HATIAH BINTI IBAS iaitu ayahanda dan bonda tuan rumah yang diketuai oleh Saudara Habib Nuh. Salam takziah dan kiriman Al-fatihah buat arwah. Semoga arwah dicucuri rahmat hendaknya. InsyaAllah. 

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan aluan daripada ASYRAF a.k.a YAPI YAPO dengan ucapan terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menjemput kami bagi mengadakan pertemuan pada kali ini. Sesungguhnya tanpa kesudian tuan rumah, entahlah mana pulak la nak buat reunion, ye tak?

Juga sedikit perkongsian daripada seorang sahabat berkenaan prinsip ataupun rukun ukhuwah.


1- Perdamaian atau hubungan yang baik , saling bermaaf-maafan dan tidak terlalu sensitif.

Firman Allah : “Maka hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan perbaikilah hubungan antara kamu dan taatlah kepada Allah dan Rasulnya sekiranya kamu orang-orang yang beriman “ ( surah Al-anfal : 1 )

2-  Saling kasih mengasihi dan cinta mencintai ke arah mengeratkan lagi ikatan ukhuwah

Firman Allah : Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikan sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kau cintai dan apa sahaja yang kamu nafkahkan , maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” ( surah Ali Imran : 92 )

Allah menjelaskan bahawa kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain boleh dipertingkatkan melalui sedekah. Kasih sayang dapat disuburkan sehingga mencapai taraf yang paling tinggi jika orang-orang kaya mengorbankan segala sesuatu yang paling disayangi untuk membela nasib golongan malang.Apatah lagi jikalau kita mengorbankan sesuatu untuk kemaslahatan dakwah. Ukhuwah yang disandarkan atas dasar untuk kepentingan umat Islam(dakwah) adalah yang paling utama.


3- Persamaan iaitu ikatan ukhuwah akan terus kukuh jika manusia merasai atau mempunyai sifat persamaan di antara satu sama lain.

Tidak ada beza di antara kita kecuali ketaqwaan kita kepada Allah dan ketaqwaan tidak dapat dinilai oleh manusia tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui.




Sesi kemuncak yang paling seronoklah apabila dalam sesi TAARUF, kami semua dikehendaki memperkenalkan semula perihal diri masing-masing..Alahaaiiiii~~~~~ sogan den,,hihi. Tapi kita kan dah lama tak jumpa apa salahnya, mungkin dah ada yang terlupa nama,  lupa tempat tinggal, belajar mana, buat apa tapi yang MENJADI ISU, STATUS sekarang apa? Almaklumlah umur dah meningkat 20 tahun, Dah masuk fasa DEWASA rupanya. Pantasnya masa berlalu, namun sudah cukupkan amalan kita, TIDAKK...  Jangan sekali-kali kita berpuas hati dengan amalan untuk mengejar SYURGA ILLAHI kerana apalah sangat amalan kita jika hendak dibandingkan dengan segala KENIKMATAN-NYA. MasyaAllah, hebatnya kuasa ALLAH SWT.


























Masing-masing dengan komitmen sendiri. Menjadi anak perantauan ada juga yang bakal menjadi perantau dan ada juga yang masih belum merantau. namun, kita percaya rezeki masing-masing itu berbeza, kita hanya perlu DUIT ( Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal ). Jangan berputus asa jika kalian mendapat ujian, sesungguhnya itu adalah titik permulaan ALLAH SWT menguji sekuat manakah kepercayaan kita kepada-NYA. Berbalik kepada ucapan saudara Habib, kita hidup saling melengkapi, kalau semua nak masuk UNIVERSITI, siapa nak masuk IPG? POLI? RUMAH? dan lain-lain. Betul tuu

Jika dikhususkan kepada kerjaya masa hadapan..alahaii semua ada eh dalam kelas ni Ustaz, ustazah & USTAZAH ROCK, Cikgu -cikgi, pakar biodiversti, ASKAR, TeaCher, lagiii ahaa Akauntan kot sebab kos kewangan islam..Petani moden pun ada. Macam-macam kan. Alhamdulillah. Yang lain tak ingat la, banyak sangat....

























TAPI,
tentang STATUS..
Alhamdulillah sudah ada sahabat yang sudah mengikat tali pertunangan. Doa dan harapan menjadi iringin buat sahabat semoga ikatan ini menjadi petunjuk kepada jalan yang lebih cerah di masa hadapan. InsyaAllah ikatan akan terus kejinjang pelamin dan sehingga ke akhir hayat. Kepada sahabat yang lain, entahlah apa nak cakap, tapi SEMOGA MENDAPAT JODOH YANG TERRRRRRBAAAAEEEEKKKKKKKKKKKKKKK. Aminnn

Sesudah itu, kami pun dijamu dengan berbagai-bagai hidangan. Hidangan utama BIHUN TOMYAM + AIR OREN..sSodap sehingga licin CHOPSTIK MALAYSIA a.k.a Sudu dan garfu..Terima kasih TUAN RUMAH.. Sesi bergambar tidak dilupakan, sebagai dokumentasi tahun 2011 katakan, wajib tu..







































HENTIAN 2

Perjalanan diteruskan ke rumah USTAZAH AZLINDA, guru PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH selama dua tahun iaitu pada tingkatan 4 dan 5. Namun, sebelum tu, tunaikan yang WAJIB dulu sebelum yang dituntut. Masjid Ridhwaniah menjadi persinggahan kami bagi menunaikan solat Asar. Kali ini giliran muslimat pula, ye lah hai sebelumnya muslimin dah pergi. Comel puteri-puteri ustazah. Semuanya srikandi alhamdulillah. Dengan kehadiran dua puteri NAJA AHLAMI dan NADA AHLAMI diharapkan dapat menyerikan lagi kehidupan ustazah.  Jutaan terima kasih buat sahabat muslimin terutama saudara ASYRAF dan HABIB NUH yang sudi menyediakan pengangkutan buat rakan sahabat muslimat. Sesungguhnya jasa dan budi baik kalian sangat dihargai. 
















HENTIAN 3

Hentian terakhir iaitu ke rumah Saudara AHMAD NAIM BIN PAHIM BIN ISHAK. Walaupun sudah larut petang, namun keinginan untuk menziarahi saudara ini sangat tinggi, almaklumlah orang BEIJING, sekali sudah berjumpa entah bila pula hendak berjumpa kembali. 

Di sini, hentian terakhir untuk hari ini, InsyaAllah akan diteruskan ke hentian seterusnya pada 3rd konvoi esok..tunggu…………..

Dah tak tahulah nak karang apa..habes idea sudah…. Sila-sila tengok gambar ni..








~Ukhti An'nisa Anisah @ Tg. Bugis~
4 September 2011-10.03 a.m