~All about Us~

My photo
Alhamdulillah segala puji bagi-Nya kerana masih lagi diberikan nikmat iman dan islam.Selawat dan salam juga kepada junjungan besar,Rasullullah SAW diatas pengorbanan beliau dalam menegakkan syiar islam.Travelog Arabic Science adalah sebuah blog bekas-bekas pelajar SMK Abu Bakar Al-Baqir pada batch 2007/2008.Semoga dengan kewujudan blog ini dapat memberi sedikit input yang berguna kepada pengunjung-pengunjung yang menziarahi blog ini.

Monday 12 September 2011

~3nd Trip: 2 Perhentian~

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..



Syawal yang dinantikan telah tiba. Di bulan ini, umat Islam menyambut Hari  Raya Aidilfitri, hari kemenangan . Kemenangan bagi sesiapa yang taat serta berjaya dalam mengekang nafsu semasa menjalankan ibadah puasa. Tertunailah juga Rukun Islam yang keempat iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan.

Kedatangan bulan Syawal, pastinya hati merasa gembira. Tersenyum riang, ziarah menziarahi saudara jauh dan dekat serta menghadiri undangan ke rumah terbuka. Bercerita tentang rumah terbuka, telah menjadi satu ‘trend’ pula rasanya pada zaman moden ini, mungkin biasanya pada seminggu awal raya masyarakat kota khususnya mula berpusu pulang ke kampung masing-masing jadi tidak sempat menziarahi jiran dan kawan-kawan , jadi selepas pulang dari kampung biasanya bermulalah majlis rumah terbuka khusus untuk jiran dan kawan-kawan sekerja. Maklumlah puasa 30 hari jadi Hari Raya juga telah menjadi ‘trend’ dirayakan selama 30 hari di bulan Syawal ini. Apa pun majlis rumah terbuka adalah sesuatu yang baik kerana ia dapat mengeratkan silaturahim.

Namun, sebagai seorang ISLAM ziarah menziarahi ke rumah guru adalah suatu yang dituntut. Lantaran itu, bekas pelajar 5 Arab Sains 2007/ 2008 telah menziarahi dua buah rumah guru SMK Abu Bakar Al-Baqir (SABAR) iaitu Cikgu Khairul Azmi bin Ibrahim dan Puan Nor Rizam serta Ummi Sarimah (Warden AS-Sabar tersayang).

Perjalanan bermula pada hari sabtu iaitu pada sebelah petang 3 September 2011. Kami berkunjung ke rumah Cikgu Khairul Azmi dan Puan Nor Rizam. Bersama-sama iaitu saudara Zulfadhli, Habib Nuh, Hidayat, Faizal, Akashah dan Azwan manakala bagi muslimat saudari Ashikin, Nae’latun Shakila dan Anisah.


Di sini kami semua berbual-bual tentang hala tuju masing-masing terutama Nae’latun dan Hamida yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Asyraf di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Shaziela di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Rafsanjani di UNIZA dan beberapa sahabat yang lain juga.

Kemudian, setelah beransur kami pergi menunaikan kewajipan menunaikan solat asar di Masjid Tinggi sebelum meneruskan perjalanan ke rumah Ummi Sarimah di Batu 6,Taman Mutiara Pelangi, Parit Buntar.

Alhamdulillah kami sempat sampai walaupun sudah lewat petang iaitu pada jam 6.10 petang. Sungguh, rumah Ummi agak jauh namun demi keinginan berjumpa Ummi kami sedia menempuh segala halangan. Haha.

Kami dijamu dengan mi bandung dan laksa. Sedap sangat teringat pula dulu zaman muda mudi kat AS-SABAR dulu memang selalu melantak masakan Ummi. Terima Kasih Ummi. Di rumah baharu UMMI dengan suasana sawah yang menyenangkan serta sunset yang cantik memang menyejukkan mata dan menenangkan jiwa. Gelagat anak-anak ummi Marzuq, Itqan, Iqbal masih sama seperti dulu.
























Tepat jam 7.00 malam kami beransur pulang. Kepulangan kami dihantar Ummi dan suami serta anak-anaknya. Sayu dengan kasih-sayang Ummi yang masih seperti dahulu. TERIMA KASIH UMMI.

Namun, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Kami kononnya ingin cepat sampai namun tersalah jua perkiraan. Pengalaman sesat selama 1 jam sangat menarik perhatian dan menjadi suatu pengalaman MANIS bagi konvoi raya tahun 2011. Namun segala-galanya dapat diatasi Alhamdulillah. Nasiblah naik kereta, naik moto berdebar je…MasyaAllah.. Inginkan kisah selanjutnya sila hubungi insan-insan yang gambarnya terpapar di ruangan ini.

~Ukhti  An'nisa Anisah @ IPG Kampus Perempuan Melayu~
~11.26 pm 12 September 2011~

No comments:

Post a Comment