~All about Us~

My photo
Alhamdulillah segala puji bagi-Nya kerana masih lagi diberikan nikmat iman dan islam.Selawat dan salam juga kepada junjungan besar,Rasullullah SAW diatas pengorbanan beliau dalam menegakkan syiar islam.Travelog Arabic Science adalah sebuah blog bekas-bekas pelajar SMK Abu Bakar Al-Baqir pada batch 2007/2008.Semoga dengan kewujudan blog ini dapat memberi sedikit input yang berguna kepada pengunjung-pengunjung yang menziarahi blog ini.

Thursday 1 September 2011

~1st Trip:8 Perhentian~

Bismillahirrahmannirrahim..Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya kita semua masih lagi merasai nikmat iman dan islam.Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.Tanpa pengorbanan dan perjuangan beliau untuk menegakkan syiar islam kita semua mungkin tidak akan merasai nikmat iman dan islam ini.Insyaallah ini adalah post saya y pertama setelah post azwan.

Alhamdulillah raya ke-3 bersamaan 3 syawal 1432 hijrah or 1 september 2011 bekas-bekas pelajar skolah smk abu bakar al-baqir kelas arab sains batch 2007/2008 telah berjaya untuk berkonvoi bersama iaitu first konvoi.Kenapa first konvoi???or 1st trip??sebabnye..insyaallah kita orang akan buat 2nd and 3rd trip  pd 2/9 and 3/9..Sebelum saya lupa, saya mewakili sahabat2 arab sains yang lain nk ucapkan Sanah Helwah,Happy Birthday dan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada salah seorang sahabat arab sains iaitu saudara Habib Nuh Bin Che Hussin yang sudah genap 20tahun pada 1/9/2011.Semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki.Ameen Ya Rabb..

Disamping itu rasanya masih sempat utk kita orang warga arab sains 2007/2008 untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua yang memziarah blog ini.Salah dan silap harap dimaafkan sepanjang perkenalan kita,persahabatan kita,pertemuan kita dan jika lau ada hutang2 2 boleh la tuntut klau xnk tuntut kira halal la..hehe

Berbalik kepada konvoi kite orang tadi,ianya bermula dari seorang sahabat yang mesej saya untuk ajak berkonvoi iaitu saudara asyraf bin zulkifli.Sya balas on je.Then saya create lah mesej untuk ajak sahabat2 lain.lebih kurang mcm nie la mcj y telah saya createkn."Salam.esok dijemput datang ke rumah akashah althanfurrijal sebagai starting point untuk berkonvoi..hehe..4ward kt sahabat2 lain ye".Alhamdulillah bagi pihak muslimin semua memberi respon,muslimat ada la dalm 3 4 orang y memberi respon.

1/9/2011..
Seperti dalam mesej itu rumahku menjadi starting point untuk berkonvoi.Alhamdullillah pukul 10pagi sahabat2 sudah dtg menunjukkn muka mereka di teratak rumahku.Dengan kehadiran faizal,asyraf,fizree,zulfadhli,naim,zulhelmi,hidayat,habib dan rafsanjani.walaupun agak sedih sebab masih ada lagi sahabat2 y tidak hadir atas masalah2 tertentu.seperti azwan tgh berkerja,farhan balik ke teluk intan..insyaallah 2nd and 3rd trip kali ini akan dpt bersama mereka.


Macam2 topik disembangkan.daripada bola,politik, dan kahwin..haha..Almaklumlah.bukan mudah nk berkumpul sekali sebab masing2 ada komitmen tersendiri..



Setelah selesai menjamah hidangan di rumahku..kita orng bergerak kerumah ustazah azlinda.Agak lama juga tidak pergi ke rumah ustazah..Sekarang ustazah dah ada 2 orang lagi penyeri di rumah itu dengan kehadiran 2puteri ustazah y baru dilahirkan dalm 2 3 minggu lepas tidak silap..Seorang dipanggil Naja Ahlami dan  seorang lagi Nada Ahlami.Tahniah ustazah dari kami warga arab sains 2007/2008..Doakan kejayaan kami semua..

3rd destination kte orang bergerak ke rumah asyikin di parit mat keling.Bagi yang menaiki kereta nk kerumah asyikin agak mencabar.dengan jalan2 yang agak tinggi dan kecik.sekali jatuh kebawah kereta 2 susah nk naik balik..xjtuh ke bendang jtuh ke parit..dari situasu itu..mulalah jadi topik perbualan di rumah asyikin.zulhelmi mencandang kn supaya lebarkan jalan..tp seorang lgi sahabat faizal cadangkan kecilkan kereta 2.korang rase mana sesuai..lebarkan jalan or kecilkan saiz kereta???fikir2kan la ye which one is better..
dari kiri hidayat,faizal,zulhelmi

dari kiri hidayat,asyraf,faizal

tuan rumah,,saudari Asyikin bt Abdullah

Selesai makan laksa yang dijamu oleh tuan rumah..kite orang beransur ke 4th destination plak di rumah anisah mokhtar di tanjung bugis..nama kampung die agak komersial..sering dijadikan tajuk perbualan dan usikkn kite orang..kampung ini didiami dua sahabat kite orang iaitu zulhelmi dan anisah..rumah die orang pun bertentangan antara satu sama lain.


tuan rumah yang pakai baju purple 2..


nice snap..photogenic x???hehe

Dah puas makan dirumah anisah kite orang bergerak pula ke 5th destination iaitu rumah saudara faizal bin abu bakar terletak di parit mat keling juga.sahabat yang tinggal di parit mat keling pun dua orang..asyikin dan faizal.Disitu kte orang dijamu laksa untuk kali ke dua.laksa nie macm menu y sentiasa ada dan pling banyak disajikan pada hari raya.betul x???he2x

Tangan sape la  nie..ish2x.

dari kiri asyraf,zulhelmi and zulfadhli

Anisah dan asyikin

Geng Moto zulhelmi dan dayat

Naim dan Faizal


Asyraf

Zulfadhli

Jam ketika dirumah faizal dalam 2.15.Then kita orang sekali lagi beransur untuk kesurau pulak untuk menunaikan yang wajib iaitu solat zohor..seperti yang dipesan oleh ayah syuhada "rumah banyak boleh singgah,masjid satu tidak boleh singgah".Good advice 4 us..thanks to him..disamping kite menjalani ibadah sunnah nie..ibadah yang wajib jgn la diabaikan pula..peringatan utk saya dan kita bersama.

Setelah selesai menunaikan solat.kte orang bergerak ke rumah fatin husna pula sebagai 6th detination yang terletak berhampiran dengan sekolah kite orang smk abu bakar al-baqir.Seperti dirumah asyikin dan faizal..kali ini kite orang dijamukan utk kali ke-3 laksa..hehe..Apa2pun tuan rumah jemput kena la makan kn.tp malang perut dh pnuh just makan kuih rya je..maaf ye tuan rumah..apa2 pun thanks sudi menerima kehadiran kie orang..

Faizal,Zulhelmi dan Zulfadhli

Asyraf,fizree,hidayat,fatin husna dan ibunya

Dah puas berada disitu kite orang pergi ke rumah zulfadhli pula sebagai 7th detination.yang terletak bersebelahan dengan sekolah kebangsaan telok medan dipinggir jalan.Alhamdulillah menu utk rumah kali ini berlainan dari menu rumah lain iaitu bihun sup..hehe..lama juga berada disitu sebb tuan rumah utk last destinantion suruh dtg pkul 4.25ptg..sok kena tggu di situ dlu la..


Fizree,Hidayat dan Faizal

Tuan rumah dan zulhelmi

Akhir sekali kite orang bergerak ke rumah syuhada iaitu anak ke pada cikgu hasnah sebagai last destination or 8th destination..Insyaallah cikgu Hasnah mungkin akan berpindah ke Smk Selinsing pada 5/9 nie.Disini lah kami mendengar sedikit nasihat dan pengalaman dari ayah syuhada.


dihadapan rumah syuhada

Setelah puas berkunjug ke rumah sahabat.Disini nk selitkan sedikit perkongsian untuk adab2 ketika berziarah atau berkunjugn ke rumah sahabat2,saudara mara ataupun siapa2 sahaja rumah yang kita ziarahi:-

1-  Lakukan ziarah ikhlas kerana ALLah untuk menjalinkan silaturrahim
2- Ucaplah salam sebelum memasuki rumah. Jika setelah memberi 3 kali salam       tetapi tiada jawapan maka hendaklah kita beredar.
3-  Jika menziarahi rumah seseorang, masuklah hanya setelah diberi keizinan.
4-  Sekira menziarahi seseorang dahulukan dengan berjabat tangan.
5-  Perkenalkan teman kita kepada tuan rumah jika kita membawa teman.
6-  masuk dengan mendahului kaki kanan.
7-  Tundukkan pandangan jika kita berada dirumah orang
8- Jangan melakukan perkara yang tidak disenangi oleh tuan rumah seperti mengintai-ngintai, menyelongkar  atau sebagainya.
9-  Jauhi melakukan perkara haram seperti berjabat tangan dengan bukan muhram, mengumpat dan   sebagainya.
10- Berbuallah dengan tuan rumah tentang topik-topik yang sesuai tanpa menyentuh isu yang tidak disenanginya.
11- Jangan duduk terlalu lama sehingga menyusahkan tuan rumah. Tempoh bertamu dalam Islam ialah 3 hari.


Sumber Adab Berziarah

Akhir penulisan,penulis nk mohon maaf buat sahabat2 arab sains atau pembaca jika ada dalam post kali ini ada yang tidak kena,bahasa tunggang langgang ke,ap2 je lah.mohon dimaafkan.Wait 4 anothers post..


~ Akhi Akashah~

2 comments:

  1. Alhamdulillah, selamat perjalanan pergi dan balik.. semoga ukhuwah ini berkekalan hendaknya. InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. salam kepada blogger..tahniah..terbaik....smoga lbeh bnyak post dikomen yea....

    ReplyDelete