~All about Us~

My photo
Alhamdulillah segala puji bagi-Nya kerana masih lagi diberikan nikmat iman dan islam.Selawat dan salam juga kepada junjungan besar,Rasullullah SAW diatas pengorbanan beliau dalam menegakkan syiar islam.Travelog Arabic Science adalah sebuah blog bekas-bekas pelajar SMK Abu Bakar Al-Baqir pada batch 2007/2008.Semoga dengan kewujudan blog ini dapat memberi sedikit input yang berguna kepada pengunjung-pengunjung yang menziarahi blog ini.

Saturday, 3 September 2011

~ Warkah Buat Arab Sains ~


Assalamualaikum wbt,salam Ramadhan,salam Lailatul Qadar kepada pemburunya di sepuluh ramadhan terakhir ini.Semoga kalian berjaya menemuinya.InsyaAllah...Sudah hampir 3bulan rasanye blog ini sunyi dan sepi tanpa post.Sampai ada yang berkata "ini laman sesawang ke laman bersawang".huhu

Insyaallah post ini khas buat sahabat-sahabat,kawan-kawan,rakan-rakan 5ASC or 5 Arab Science batch 2008.Alhamdulillah pada 18/8/2011 sahabat-sahabat yang lain ada pergi menziarah ustaz tapi malangnya diri ini tidak dapat pergi sekali diatas mempunyai hal yang tidak dielakkan.Hanya kiriman salam saja yang mampu dibawa oleh sahabat untuk ustaz.Asif Jiddan sekali lagi kerana tidak dapat menyertai sahabat2.

Masih ingatkah kalian disaat SPM semakin hampir sekeping kertas telah diberikan kepada kita.Walaupun hanya sekeping kertas putih yang diterima tetapi isi kandungan dalam kertas tersebut sangat bermakna.Justeru ingin sekali saya menyalin semua isi yang terdapat pada kertas itu sebagai ingatan kita bersama.InsyaAllah.

"Assalamualaikum,
Semoga disaat ini kalian sedang berusaha dan terus berusaha,saat kian hampir,detik yang penuh debaran akan menjelma,namun harapan agar kalian tenang,besarnya harapan dan tingginya impian pada kalian semua,satu wawasan membangun kelas arab,terima kasih kerana memahami dan menerima serta sudi bersama menggapai harapan.

Putera Puteriku,disini,dibawah bumbung ini,didaerah ini,kita menggengam erat hasrat dan cita-cita,membuktikan kejayaan ada dimana-mana,perjuangan yang cukup getir,pastinya untuk memahat kejayaan gemilang dan untuk melakar sejarah terbilang memerlukan senjata kesungguhan, kegigihan, tidak akan mengaku kalah biar apa yang menghadang,percayalah!!!!!kejayaan milik kita bersama.

Andai diri ini sanggup dibenci, diumpat lantaran menyayangi kalian.apakah ganjarannya???hanya kejayaan,ya....kejayaan kalian yang akan membahagiakan, yang akan menjadi kenangan terindah dalam hidup ini,lama menanti,empat tahun bersama mengharungi rentak kehidupan,ada waktu terluka, terguris dan tercalar....namun tidak sesekali menghakis rasa kasih pada kalian...kerana hanya kalian penghibur hati,harapan untuk menyambung perjuangan generasi intelek muslim.

Berjuanglah putra putriku,sesungguhnya kita tidak akan merasa manisnya kejayaan andai tidak sanggup menelan pahintnya perjuangan,doa ustaz mengiringi langkah kalian,hanya itu yang termampu,setiap waktu yang dinanti,membilang detik yang kian hampir,tiba-tiba terasa kesunyian,pilu menjentik rasa...seketika nanti,kalian akan tinggalkan ustaz,tiada lagi wajah-wajah ceria kalian yang selama ini mewarnai pentas SABAR,pastinya ustaza akan tercari-cari...demanakah kalian...atau akan terus kekalkah ustaz dalam ingatan...akan ternoktahkan disini kemesraan kita...biar apapun,itulah kehidupan,bertemu dan berpisah,yang tinggal hanya kenangan.

Apapun.harapan ustaz,pergilah selepas ini kemana ruang yang ada,kejar kejayaan buat semua,cuma biarlah kalian kekal dalam salutan keimanan bersulam murninya peribadi muslim sejati,gagah,tabah dan cekal mengharungi badai kehidupan yang pelbagai rentaknya berpaksi pada ketauhidan nilai-nilai islamyang luhur.Cuma,andainya ada ketika, ad kesempatan dan masih ada sedikit ingatan buat kami disini,datanglah moga kemesraan tetap subur bersama.

Akhirnya,sambutlah salam kasih,salam sayang,salam kemesraan dan salam ukhwah dariustaz.."

Semoga setiap bait-bait kata-kata ustaz,tulisan-tulisan ustaz akan kita kenang sepanjang dimana kita berada.Dan setiap kenangan yang pernah kita lalui janganlah biarkan ia lenyap dalam ingatan kita begitu saja.Apa yang baik kita ambil buat ingatan,apa yang buruk biarkan lah ia berlalu.

Akhir kalam salam kerinduan dari kami buat ustaz...

~Akashah Althanfunrijal~
20/8/2011 bersamaan 20 ramadhan 1432
6.33am

Thursday, 1 September 2011

~1st Trip:8 Perhentian~

Bismillahirrahmannirrahim..Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya kita semua masih lagi merasai nikmat iman dan islam.Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.Tanpa pengorbanan dan perjuangan beliau untuk menegakkan syiar islam kita semua mungkin tidak akan merasai nikmat iman dan islam ini.Insyaallah ini adalah post saya y pertama setelah post azwan.

Alhamdulillah raya ke-3 bersamaan 3 syawal 1432 hijrah or 1 september 2011 bekas-bekas pelajar skolah smk abu bakar al-baqir kelas arab sains batch 2007/2008 telah berjaya untuk berkonvoi bersama iaitu first konvoi.Kenapa first konvoi???or 1st trip??sebabnye..insyaallah kita orang akan buat 2nd and 3rd trip  pd 2/9 and 3/9..Sebelum saya lupa, saya mewakili sahabat2 arab sains yang lain nk ucapkan Sanah Helwah,Happy Birthday dan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada salah seorang sahabat arab sains iaitu saudara Habib Nuh Bin Che Hussin yang sudah genap 20tahun pada 1/9/2011.Semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki.Ameen Ya Rabb..

Disamping itu rasanya masih sempat utk kita orang warga arab sains 2007/2008 untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua yang memziarah blog ini.Salah dan silap harap dimaafkan sepanjang perkenalan kita,persahabatan kita,pertemuan kita dan jika lau ada hutang2 2 boleh la tuntut klau xnk tuntut kira halal la..hehe

Berbalik kepada konvoi kite orang tadi,ianya bermula dari seorang sahabat yang mesej saya untuk ajak berkonvoi iaitu saudara asyraf bin zulkifli.Sya balas on je.Then saya create lah mesej untuk ajak sahabat2 lain.lebih kurang mcm nie la mcj y telah saya createkn."Salam.esok dijemput datang ke rumah akashah althanfurrijal sebagai starting point untuk berkonvoi..hehe..4ward kt sahabat2 lain ye".Alhamdulillah bagi pihak muslimin semua memberi respon,muslimat ada la dalm 3 4 orang y memberi respon.

1/9/2011..
Seperti dalam mesej itu rumahku menjadi starting point untuk berkonvoi.Alhamdullillah pukul 10pagi sahabat2 sudah dtg menunjukkn muka mereka di teratak rumahku.Dengan kehadiran faizal,asyraf,fizree,zulfadhli,naim,zulhelmi,hidayat,habib dan rafsanjani.walaupun agak sedih sebab masih ada lagi sahabat2 y tidak hadir atas masalah2 tertentu.seperti azwan tgh berkerja,farhan balik ke teluk intan..insyaallah 2nd and 3rd trip kali ini akan dpt bersama mereka.


Macam2 topik disembangkan.daripada bola,politik, dan kahwin..haha..Almaklumlah.bukan mudah nk berkumpul sekali sebab masing2 ada komitmen tersendiri..



Setelah selesai menjamah hidangan di rumahku..kita orng bergerak kerumah ustazah azlinda.Agak lama juga tidak pergi ke rumah ustazah..Sekarang ustazah dah ada 2 orang lagi penyeri di rumah itu dengan kehadiran 2puteri ustazah y baru dilahirkan dalm 2 3 minggu lepas tidak silap..Seorang dipanggil Naja Ahlami dan  seorang lagi Nada Ahlami.Tahniah ustazah dari kami warga arab sains 2007/2008..Doakan kejayaan kami semua..

3rd destination kte orang bergerak ke rumah asyikin di parit mat keling.Bagi yang menaiki kereta nk kerumah asyikin agak mencabar.dengan jalan2 yang agak tinggi dan kecik.sekali jatuh kebawah kereta 2 susah nk naik balik..xjtuh ke bendang jtuh ke parit..dari situasu itu..mulalah jadi topik perbualan di rumah asyikin.zulhelmi mencandang kn supaya lebarkan jalan..tp seorang lgi sahabat faizal cadangkan kecilkan kereta 2.korang rase mana sesuai..lebarkan jalan or kecilkan saiz kereta???fikir2kan la ye which one is better..
dari kiri hidayat,faizal,zulhelmi

dari kiri hidayat,asyraf,faizal

tuan rumah,,saudari Asyikin bt Abdullah

Selesai makan laksa yang dijamu oleh tuan rumah..kite orang beransur ke 4th destination plak di rumah anisah mokhtar di tanjung bugis..nama kampung die agak komersial..sering dijadikan tajuk perbualan dan usikkn kite orang..kampung ini didiami dua sahabat kite orang iaitu zulhelmi dan anisah..rumah die orang pun bertentangan antara satu sama lain.


tuan rumah yang pakai baju purple 2..


nice snap..photogenic x???hehe

Dah puas makan dirumah anisah kite orang bergerak pula ke 5th destination iaitu rumah saudara faizal bin abu bakar terletak di parit mat keling juga.sahabat yang tinggal di parit mat keling pun dua orang..asyikin dan faizal.Disitu kte orang dijamu laksa untuk kali ke dua.laksa nie macm menu y sentiasa ada dan pling banyak disajikan pada hari raya.betul x???he2x

Tangan sape la  nie..ish2x.

dari kiri asyraf,zulhelmi and zulfadhli

Anisah dan asyikin

Geng Moto zulhelmi dan dayat

Naim dan Faizal


Asyraf

Zulfadhli

Jam ketika dirumah faizal dalam 2.15.Then kita orang sekali lagi beransur untuk kesurau pulak untuk menunaikan yang wajib iaitu solat zohor..seperti yang dipesan oleh ayah syuhada "rumah banyak boleh singgah,masjid satu tidak boleh singgah".Good advice 4 us..thanks to him..disamping kite menjalani ibadah sunnah nie..ibadah yang wajib jgn la diabaikan pula..peringatan utk saya dan kita bersama.

Setelah selesai menunaikan solat.kte orang bergerak ke rumah fatin husna pula sebagai 6th detination yang terletak berhampiran dengan sekolah kite orang smk abu bakar al-baqir.Seperti dirumah asyikin dan faizal..kali ini kite orang dijamukan utk kali ke-3 laksa..hehe..Apa2pun tuan rumah jemput kena la makan kn.tp malang perut dh pnuh just makan kuih rya je..maaf ye tuan rumah..apa2 pun thanks sudi menerima kehadiran kie orang..

Faizal,Zulhelmi dan Zulfadhli

Asyraf,fizree,hidayat,fatin husna dan ibunya

Dah puas berada disitu kite orang pergi ke rumah zulfadhli pula sebagai 7th detination.yang terletak bersebelahan dengan sekolah kebangsaan telok medan dipinggir jalan.Alhamdulillah menu utk rumah kali ini berlainan dari menu rumah lain iaitu bihun sup..hehe..lama juga berada disitu sebb tuan rumah utk last destinantion suruh dtg pkul 4.25ptg..sok kena tggu di situ dlu la..


Fizree,Hidayat dan Faizal

Tuan rumah dan zulhelmi

Akhir sekali kite orang bergerak ke rumah syuhada iaitu anak ke pada cikgu hasnah sebagai last destination or 8th destination..Insyaallah cikgu Hasnah mungkin akan berpindah ke Smk Selinsing pada 5/9 nie.Disini lah kami mendengar sedikit nasihat dan pengalaman dari ayah syuhada.


dihadapan rumah syuhada

Setelah puas berkunjug ke rumah sahabat.Disini nk selitkan sedikit perkongsian untuk adab2 ketika berziarah atau berkunjugn ke rumah sahabat2,saudara mara ataupun siapa2 sahaja rumah yang kita ziarahi:-

1-  Lakukan ziarah ikhlas kerana ALLah untuk menjalinkan silaturrahim
2- Ucaplah salam sebelum memasuki rumah. Jika setelah memberi 3 kali salam       tetapi tiada jawapan maka hendaklah kita beredar.
3-  Jika menziarahi rumah seseorang, masuklah hanya setelah diberi keizinan.
4-  Sekira menziarahi seseorang dahulukan dengan berjabat tangan.
5-  Perkenalkan teman kita kepada tuan rumah jika kita membawa teman.
6-  masuk dengan mendahului kaki kanan.
7-  Tundukkan pandangan jika kita berada dirumah orang
8- Jangan melakukan perkara yang tidak disenangi oleh tuan rumah seperti mengintai-ngintai, menyelongkar  atau sebagainya.
9-  Jauhi melakukan perkara haram seperti berjabat tangan dengan bukan muhram, mengumpat dan   sebagainya.
10- Berbuallah dengan tuan rumah tentang topik-topik yang sesuai tanpa menyentuh isu yang tidak disenanginya.
11- Jangan duduk terlalu lama sehingga menyusahkan tuan rumah. Tempoh bertamu dalam Islam ialah 3 hari.


Sumber Adab Berziarah

Akhir penulisan,penulis nk mohon maaf buat sahabat2 arab sains atau pembaca jika ada dalam post kali ini ada yang tidak kena,bahasa tunggang langgang ke,ap2 je lah.mohon dimaafkan.Wait 4 anothers post..


~ Akhi Akashah~

Monday, 22 August 2011

~AKU DAN SMK ABU BAKAR AL-BAQIR~

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIBARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA..
kepada sahabat-sahabt yang mengenali dan juga yang tidak mengenali,salamat datang diucapkan ke laman blog "Traveloq ArabicScience".aman kali ini akan menceritakan kepada anda akan kehidupan aku sepanjang berjuang bersama-sama ahli pejuang SMK ABU BAKAR AL-BAQIR..



seperti rakanrakan seperjuangan yang lain,aku mula masuk kedalam sekolah ini pada tahun 2004.kelas yang aku duduki ialah kelas 1a2.dalam permulaan,satu kontroversi yang masih aku ingat dimana kami sebilangan beberapa orang rakan yang lain mengalami ketidak tetapan keduukan kelas.ada sekali tu kami ditukarkan masuk kedalam kelas 1b1.itu adalah kelas aliran biasa dimana kelas itu tidak seperti kelas 1a1 dan 1a2 yang mempelajari bahasa arab sebagai bahasa tambahan.tapi entah macam mana kami ditenpat semula kedalam kelas 1a2.bila pikir balik,rasa berat pulak nak masuk sebab takut nak belajar bahasa arah.susah.tapi entah macam mana,Allah tetapkan hati kami ntuk terus kekal dalam kelas tu walaupun ada sebilangan yang ingin terus keluar.


dalam usia tingkatan 1,tidak banyak benda yang aku dapat ambik untuk kehidupan aku..maklumlah ,masa tu budak2 lagi.kenalan dan ketidak matangan tu masih jelas kelihatan.huhu.apabila tiba tarikh 1 julai 2004,sebahagian antara kami dan rakan2 dalam kelas 1a1 telah terpilih untuk masuk tinggal di asrama ASSABAR.asrama ini baru sahaja dibina kalau tak silap start 2000 kot.oleh kerana teruja dengan tempat tinggal yang sangat selesa,kami sangat bersyukur.kami mula belajar untuk hidup berdikari dan hidup bersama-sama degan rakan seperjuangan yang lain.kami banyak dibantu oleh abang-abang dan kakak-kakak senior.tapi kalau nak tahu diorang dulu sangat garang.ada sekali tu,sterika dlam bilik gosok rosak,habis sume kena panggil.ada sorang brother tu siap pegang kayu besar lagi nak humban sapa punya kerja yang rosakkan iron tu.tapi rasanya tu salah aku kot.hihi..tak sengaja sebab iron tu terjatuh.tapu aku guna elok lagi.tu pasal tak mengaku.huhu.dengan kegarangan mereka lah kami banyak belajar untuk berdisiplin  dan tegas dalam melakukan seseatu terutama dalam menjaga peraturan sekolah.walaubagaimanapun,pada thun ini,sekolah ini mula memperkenalkan kelas Rancangan khas sains dan agama.kami berasa sangat jeles kerana tahun kami tidak terpilih untuk kelas RKA atau RKS tu..hh..sabar jela...


kehidupan kami di tingkatan 2 lebih menarik apabila kami saling kenal-mengenal dengan lebih erat lagi antara kelas 1a2 dan 1a1 dulu.maklumlah ada antara kami bertukar kelas antara dua keas ni.dan aku pun terlibat juga apabila aku dimasukkan kedalamkelas 2a1.eh..ntah la..lupa plak aku.betul ke hah??huhu..hubungan kami sangat erat.kami banyak disatukan untuk bekerja bersama.terutama dalam aktiviti di asrama. disekolah,kami mula mendapat perhatian guru2..ntah la.mungkin baik sangat kot.huhu.kami banyak diberi galakan untuk mencontohi kecemerlangan senior2 kami yang terdahulu.kehadiran ustaz mahtar banyak mengawal kami untuk menjadi yang terbaik.pengusaan kami terhadap akademik sangat diberi perhatian.ada dianatara kami juga mula diasah bakat2 mereka dalam beberapa pertandingan.contohnya saudara Habib diasah bakatnya untuk menjadi ucapan atau memasuki pertandingan syarahan agama.begitu juga dengan Ummu Aiman sebagai wakil wanita.Rafsanjani dan Rafidah Abdullah dan Hayatul Akmal aktif dalam bidang sukan.aku??erm..aku malas skit dulu..tak masuk tading2 ni..huhu..aku mengubah haluan aku sendiri.dimana aku mula berjinak2 dalam kem KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA PRS.dalam kem tu aku banyak menerima pendedahan dan aku berjaya meningkatkan keyakinan diri aku terutama dalam mengurus sesuatu dan memberi ucapan dikhalayak ramai.kem yang aku join tu sangat mencabar dimana memerlukan ketahan mental yang cuku tinggi.kesabaran dan kekentalan fizikal sangat penting.setiap kem yang disertai,pasti akan ada situasi yang sangat membuatkan kai tertekan pada tahap yang maksimum.pernah sekali aku hampir menangis kerana diberi pilihan samada untuk terus kekal atau teurskan berjuang kerana kami gagal melaksanakan tugas yang diberi.mujur,kami bertahan.rakan2 yang lain juga turut elibatkan diri merekan dalam aktiviti sekolah.



naik ketingkatan 3,cabaran kami lebih besar.peperiksaan PMR menjadi misi kami.komitmen yang diberikan oleh guru sangat tinggi.kami bersyukur kerana kami bangga dengan usaha yang guru2 kami berikan.walaupun tumpuan kami pada PMR,kami tetap tidak melupakan kepada aktiviti luar kelas kami.pada masa ini,kelas kami dijadikan contoh oleh kelas2 lain.guru2 sangat bangga akan kami dalam menjaga tingkah laku kami sebagai pelajar.tapi macam biasa,mesti ada orang2 yang tertentu jeles.ada yang merasakan diri mereka dianak tirikan.ntah .kami tak tahu apa.yang penting,kami jaga reputasi kami.dan kami pun bukan lah pelajar yang perfect.sesekali kami juga ada melakukan kesalahan.dalam berusaha untuk mendapatkan kejayaan dalam PMR,kami sangat digalakkan untuk memohon juga kepada Allah untuk kejayaan kami.dan akhirnya,kami berjaya menamatkan perjuangan kami dengan keputusan yang cemerlang.sukar nak dijngka dengan kejayaan kami..hanya syukur pada Tuhan saja yang mampu kami ungkapkan.
menyambung ditingkatan 4,kami terus belajar dalam kelompok yang sama.walaubagaimanapun,beberapa antara kami bertukar kelas kepada kelas biasa iaitu bukan kelas 4 arab sains.dan ada juga meneruskan pelajaran ke sekolah2 yang lebih advance seperti MRSM,SMKA DAN SBP.antaranya ialah ummu aiman,zulfhadli,muhammad farhan,muhammad asyraf dan ada lagi..tak dapat aku mengingat semua.yang penting kami yang lain bangga dengan kejayaan mereka untuk menyambung pelajaran di temat yang lebih hebat.kami merelakan pemergiam mereka untuk mencabar perjuangan yang lebih hebat..huhu..kami yang tinggal ni terus kekal kehidupan kami disini.walaupun kami tidak berpindah,kami akan buktikan yang kami juga mampu cemerlang walaupun kami berada disekolah biasa.menyahut cabaran guru2,kami terus berusaha keras,akan tetapi,oleh kerana pengaruh rakan sebaya dan senior2,kami kadang2 alpha sebab kami menganggap tingkatan 4 edalah masa untuk hney moon..huhu..tapi tak pe..pembelajaran kami tetap di level yang tinggi.keaktifan kami dalam menyertai beberapa pertandingan sangat membanggakan.lebih2 lagi bagi mereka yang telah diasah bakat mereka semasa di tingkatan 1 dan 2 dulu.aku pulak makin kurang aktif dalam PRS.akan tetapi,kami aku bersama2 rakan2 yang lain bnyak melibatkan diri dalam aktiviti pengurusan asrama.keadaan arsama masa tu agak kucar kacir.disiplin hancur apabila warden  yang baik tu,Abi,telah bepindah..huhu..kadang2 ada jugak kami wat masalah dengan esco arsama..haha..protes..
dan apabila kami ditingkatan 5,kami menjadi exco..oleh kerana keadaan arsama time tu agak kacau bilau,kami mula mengorak langah dengan eengetatkan semula peraturan2 yang telah longgar.kami tegas pada yang melanggar peraturan.budak2 memang takut la time tu..haha..manatak nya,aku exco disiplin.huh..sampai satu tahap ada yang mengadu hidup diasrama sangat menensionkan..bnyak la korang..kami dulu lagi hebat kena dengan senior..huhu..kami just ketatkan peraturan..mana2 pelajar yang tdak mengikut peraturan,mereka itulah yang sebenarnya merasa tertekan hidup diasrama.dan sepanjang aku duk kat asrama tu,aku rasa asrama ni la yang paling longgar peraturannya..boleh lagi diorang cakap macam tu..manja sangat kot sebelum ni..huhu..ape pun semasa di tingkatan 5,kami banyak berusaha dalam mengeratkan hubungan kami sesama kengkwan.conflict2,perselisihan yang muncul kami selsaikan cepat2,,kami begitu menjaga silaturahim kami..kami banyak bersatu dalam menyelesaikan banyak masalah terutama dalam menyelesaikan masalah yang timbul..tahun inilah yang aling best bagi kami..disekolah kami juga membantu guru2 dalam mengawal keadaan sekolah..maklumlah kami bnyak yang menjadi pengawas sekolah.sepanjang berada ditingkatan 5,banyak memori indah buat kami..apatah lagi akmi pernah dibawa bersama2 untuk bersiar2 ke kelantan dan teranggu..haha..SPM yang menjadi misi kami kedua sangat mengetirkan kami..kami berusaha bersungguh2 serta tidak lupa juga kami berusaha dalam mendaatkan keredhaan Allah..kami bantu membantu sesama sediri..misalnya Akashah mahir dalam metematik akan membantu rakan2 yang lain yang kurang mahir..habib dan naim dalam bahsa arab.yang perempuan lagi,diorang banyak yang master..huhu..walaupun kami dikelas arab,yang menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan,kami tetap mempunyai iktan yang kukuh.entah macam mana boleh wujud,aku pun kurang pasti..mungkin berkat dari Tuhan yang melihat kami gigih berusaha bersama2 dalam mencari ilmuNya...hinggalah kami berjaya menamatkan elajaran..dan keptusan kami alhamdulillah sagat baik..ramai antara kami berjaya menyambung pelajaran keperingkat yang lebih tinggi..matrikulasi,maktab,politeknik,diploma dan lain2 menjadi hala tuju kami.














syukur pada tuhan,ikatan kami terus kukuh walaupun kami berjauhan dann berjuang di temapt masing2..setiap kali ada cuti,kami akan berkumpul bersama2..reunion menjadi aktiviti tahunan kami..facebook menjadi medium pentng buat kami untu berinteraksi sesama sendiri.ia sendrinya membuatkan kami terus erat bersama2 termasuk denganrakan2 yang terpisah semasa tingkatan 4 dahulu..kami sayangkan semua kawan kami..semoga tuhan terus menjaga iktan kami..syukur padamu tuhan..hanya Engkau mengetahui akan apa yang berada disebalik hati2 kami..

~ Akhi Azwan~